> Pengurusan tempat perlu dirancang dengan teliti sebelum perkhemahan diadakan.
> Perkara yang perlu diambilkira dalam merancang tempat perkhemahan diadakan adalah seperti berikut:
- Memaklumkan kepada pegawai najlis daerah untuk mendapatkan kebenaran mengadakan perkhemahan.
- Memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti pihak polis ataupun RELA untuk melakukan rondaan sepanjang perkhemahan diadakan.
- Menentukan tempat mendapatkan sumber air.
- Menentukan kedudukan khemah induk, khemah peserta, tempat untuk memasak, tempat membuang sampah, tandas dan tempat mandi.Pastikan kesemua kedudukan tersebut ditandakan padaa peta lakar.
- Pengagihan tugas kepada setiap kumpulan.
- Menentukan bahagian urusan kecemasan jika berlaku kecemasan semasa perkhemahan.